

..di kala usia ini saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di bumi ciptaan Allah ini. Alhamdulillah, rasanya seperti mimpi bila tetiber sudah sampai ke tahap ini - menjadi fulltime home baker (sudah 2 tahun), mempunyai dara sunti yang manis, 2 teruna yang meningkat naik dan seorang soulmate yang dijadikan teman hidup, teman gaduh, teman gelak dan teman nangis. Emak, & Emak Mertua & Abah, adik-adik, ipar duai yang banyak memberi sokongan untuk saya meneruskan kehidupan dan karier yang sangat minati ini. Syukur pada mu Ya Allah! Tak lupa juga pada sahabat-sahabat saya, para pelanggan yang sentiasa memberi sokongan kepada produk keluaran Nomie's Cakes by Piqa Bakery.
..apa lagi jadi kek swimming pool..kek ada cerun landai kat tengah2..
..kali kedua, okay tak ada masalah..cuma bila kat layering tu saya failedl..alhamdulillah kek seberat 2 kg tu habis dimakan oleh adik2 saya..So, kali ini dengan cita-cita untuk mencantikkan layering kek saya dengan berkobar-kobarnya mengambil gambar step by step..dengan niat di hati akan meletakkannya di blog saya ini sempena birthday saya..Alhamdulillah..niat saya tercapai. Okay mari kita tengok apa yang saya telah buat ya:-) 
Sumber Asal resipi ini dari www.joyofbaking.com
Bahan A
113gram mentega tanpa garam
300gram gula halus
1/2 sudu teh garam
Bahan B
Telur 120gram
Vanilla Essence 1 sudu Teh
Bahan C
240 buttermilk
1 sudu besar pewarna (ikut suka-saya guna pewarna untuk keklapis saya)
Bahan D
250gram tepung kek (diayak)
20 gram serbuk koko
Bahan E
1 sudu teh cuka epal (cuka biasa pun boleh..tapi saya suka cuka epal)
1 sudu teh soda bikarbonat.

Butter & Garam (kalau guna butter yang bergaram, tak payah letak garam ye)

Butter, garam, gula dipukul menggunakan K beater sehingga kembang dan gebu

Setelah gebu, masukkan telur yang dicampurkan sekali dengan vanilla. Pukul sehingga sebati.

Buttermilk dan pewarna digaul rata.

Masukkan buttermilk dan tepung (Bahan D), berselang seli sehingga habis.

Gaul rata dengan spatula.

Masukkan Bahan E - mula kan dengan baking soda, kemudian masukkan cuka epal. Tindakbalas akan berlaku dimana ia akan berbuih-buih. Masukkan dengan kadar segera ke dalam adunan kek yang telah kita adun tadi.

Sebelum itu, siapkan dulu loyang rendah berukuran 8 inci sebanyak 5 loyang. Sebenarnya nak masak sekali dalam satu loyang pun boleh, tapi masa makan akan ambilk masa lebih panjang.

Siap untuk dimasukkan ke dalam oven. Setiap loyang saya masukkan adunan 230gram.

Bakar pada suhu 175c - selama 20 minit atau hingga masak.

Lapiskan dengan Cheese Frosting. Saya guna resipi di bawah
Cream Cheese 450gram
Icing sugar 115gram (ayak)
Dairy Whipping Cream 300ml.
1 sudu teh vanilla
Cara Buat: Pukul Cream cheese sehingga lembut, masukkan icing sugar, pukul lagi. Masukkan vanilla dan terakhir masukkan whipping cream pukul sehingga sebati.

Selamat Mencuba
salam...
ReplyDeletenampak sangat mengancam
insyaAllah nak cuba nanti :)