Thursday, January 14, 2010

Cara Membuat Fondant @ Plastic Icing


Hari ini kita akan bercerita mengenai pembuatan fondant icing ya. Icing ini mempunyai kemanisan yang memang manis. Digunakan untuk menghias kek yang mempunyai struktur yang padat seperti kek buah dan kek butter. Kek padat diperlukan bagi menghias dengan menggunakan fondant kerana fondant mempunyai kepadatan yang padat dan sekiranya kek yang dihias bukan kek padat, nanti terpenyek kek itu ;-)

Sebelum itu, resipi tidak dapat saya sertakan di sini atas faktor-faktor tertentu. Tetapi yang lebih penting saya akan tunjukkan langkah demi langkah membuat Fondant ya.



Gliserin, Glukos & Shortening disatukan (seeloknya menggunakan stainless bowl ya)



Gelatin & air - direndam - (boleh dapatkan gelatin di sini)


Gunakan Pemukul Mata Kail (ini istilah saya ya) @ hook, Gula icing di ayak dan dimasukkan dalam mixing bowl seperti di atas.



Campuran Gelatin & air tadi, dimasak menggunakan kaedah "double boiled" hingga cair gelatin tersebut.


Setelah cair gelatin, masukkan ke dalam bekas yang kita tempatkan campuran gliserin, shortening & glucose. Gaul hingga sebati


Kemudiaan masukkan kedalam gula icing tadi.



Pukul adunan sehingga menjadi seperti di atas ya. Setelah semua gula icing tidak kelihatan, keluarkan dari mixing bowl



Taburkan Gula Icing seperti ini.


Uli Fondant menggunakan gula icing sehingga tidak melekit. Adun Fondant ini satu hari sebelum menggunakan seperti membalut kek, mewarna fondant, membentuk bunga dan sebagainya.

Okay, Harap membantu ya.

8 comments:

  1. salam...
    akak nak tny sikit.. .
    1)apa tujuan kita simpan satu hari sebelum guna.
    2)klu x der mixer heavy duty pki mixer biasa boleh ker?
    3)kena uli ngan tangan ker?
    Liza

    ReplyDelete
  2. tujuannya nak bagi fondant ni sekata, lebih senang nak handle.

    mixer tangan ye..oo..jangan..patah nanti..

    lepas diuli mixer, adunan ni melekit cket, jadi kena keluarkan,uli dan ambik sikit2 gula icing uli bersama sampai tak meleket..

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Cikgu kalu buat 1 hari sebelum, nk simpan dimana dlm peti ais tempat beku ker leh detak kat mana2 jer & kalau guna mixer biasa leh ker? TQ

    ReplyDelete
  4. Salam..
    Kak,thnks bg resepi fondant ni..cla tingin sgt nk wt fondant..n bhn2 nye sume da dibeli skali tuh..malangnya,mixer cam akk tu xde la plak,ade hand mixer aje..so cane nk wt klu xde mixer mata kail tu..ade cara lain x? sbb cla tingin benor nk wt fondant nih! heeee....

    ReplyDelete
  5. fondant ni kalau x nak buat pon ada jual yg segera lagi senang kan..

    ReplyDelete
  6. kak tq ...nak cuba buat berjaya ke idak

    ReplyDelete
  7. salam kak..ape sukatan2 bahan2 ni?

    ReplyDelete
  8. Tuan Blog Saya nak minta izin iklan satu produk Cupcake disini boleh tak.hehe..

    Sesiapa yang ingin belajar membuat cup cake sendiri dari A-Z boleh dapatkan Video CD nya di Blog Cara Membuat CupCake. Harga RM90. Video ini dihasilkan oleh Puan Shida (pembuat cupcake)

    Dalam video itu akan ditunjukkan step by step cara membuatnya. Saya jamin anda akan berjaya membuatnya sendiri dirumah selepas mengikut cara2 yang ditunjukkan.

    ReplyDelete